Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor sebelum ini berkata beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada kerajaan negeri susulan khabar angin mengenai penamatan khidmatnya sebagai exco. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan akan membincangkan kedudukan Ketua Bersatu negeri Kamarudin Md Nor sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dalam mesyuarat Rabu ini.

Timbalan Menteri Besar, Mohamed Fadzli Hassan, berkata keputusan berhubung perkara itu akan dimaklumkan Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud selepas mesyuarat berkenaan.

"Tunggu mesyuarat exco Rabu nanti. Menteri besar akan maklumkan dan kita akan bincangkan.

Fadzli mengulas khabar angin kerajaan negeri mahu menamatkan khidmat Kamarudin sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap portfolio pelancongan, kebudayaan, seni dan warisan.