Terdahulu hari ini, Mahkamah Tinggi ketepi perintah pelepasan Najib Razak selepas denda RM50 juta dibayar, lalu keluarkan perintah baharu benar bekas PM itu jalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.KUALA LUMPUR: Peguam Najib Razak, Shafee Abdullah berkata, hanya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk merangka perintah membabitkan kes jenayah.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan penganalisis politik Liyana Marzuki bahawa firma Shafee & Co bertanggungjawab mendraf perintah pelepasan yang dikeluarkan susulan bayaran denda RM50 juta bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

“Bagi kes jenayah, peguam tidak sedia perintah sedemikian. Hanya pihak mahkamah sahaja (boleh rangka perintah),” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.