KUALA LUMPUR: Sunway Real Estate Investment Trust (REIT) hari ini melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM116.17 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 berbanding RM121.85 setahun sebelumnya.

Perolehan turut susut 1.4 peratus kepada RM232.31 juta daripada RM236.43 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun lepas, kata amanah pelaburan hartanah itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Pengurus Sunway REIT, iaitu Sunway REIT Management Sdn Bhd berkata, kemerosotan dalam hasil adalah disebabkan oleh pelupusan universiti dan kampus kolej Sunway pada September 2025 selaras dengan strategi kitar semula asetnya, menghasilkan keuntungan sekali sahaja daripada penjualan sebanyak RM25.6 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025.