KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam bulan hubungan mereka menjadi perhatian, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, akhirnya membuktikan keseriusan cintanya terhadap Datuk Seri Vida (DSV) menerusi lamaran romantis yang disempurnakan dengan pertunjukan 1,200 dron di ruang taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC), malam tadi.

Kejutan RM500,000 itu menyaksikan Fazley melamar Vida secara terbuka menerusi konsert yang disiarkan secara langsung di TikTok.

Lebih istimewa, ribuan dron yang menghiasi ruang udara KLCC membentuk mesej 'Nak duduk Ipoh ke KL', sekali gus mencuri perhatian penonton yang mengikuti detik bersejarah pasangan berkenaan.

Fazley turut menghadiahkan Vida sebentuk cincin eksklusif berbentuk tiara bernilai RM7,000 yang diinspirasikan daripada kegemaran usahawan kosmetik itu menggayakan mahkota.