KUALA LUMPUR – Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob membuat kejutan romantis dengan melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) secara siaran langsung di atas pentas Konsert Tiktok 11.11 Mega Syok di sini, hari ini.

Menurut Vida, 56, dia mengakui terkejut dengan lamaran tersebut dan menyifatkannya sebagai pembuka kepada pintu kebahagiaan dalam hidupnya selepas ini.

“Adakah ini permulaan kepada semua benda besar termasuk doa yntuk berbahagia dengan pasangan.

“Ini semua pembuka pintu kepada kebahagiaan itu,” katanya dalam nada sebak.