PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi sepotong hadis Rasulullah SAW mengenai kepentingan menegakkan keadilan tanpa mengira kedudukan atau pangkat seseorang dalam masyarakat.

Menerusi hantaran di Threads, Anwar memetik hadis riwayat al-Bukhari yang menyentuh mengenai kehancuran umat terdahulu apabila golongan berkedudukan tinggi dibiarkan terlepas daripada hukuman, sedangkan golongan lemah dikenakan tindakan atas kesalahan sama.

Perkongsian itu turut disertakan dengan sekeping gambar memaparkan siluet beliau berlatarbelakangkan sebuah masjid.

“Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu ialah apabila orang yang berkedudukan tinggi dalam kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila orang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, mereka melaksanakan hukuman hudud ke atasnya.