PETALING JAYA – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman akan melakukan pemantauan di 263 kawasan cerun kritikal dan berisiko serta 31 hotspot tanah runtuh sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pemantauan itu dilaksanakan bagi memastikan langkah pencegahan dan tindakan awal dapat diambil sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
“PDRM turut memberi keutamaan kepada pemantauan 3,045 kawasan hotspot banjir di seluruh negara sepanjang tempoh monsun berkenaan.
“Daripada jumlah tersebut, Kelantan merekodkan kawasan hotspot tertinggi iaitu sebanyak 609 kawasan, diikuti Pahang (572), Terengganu (460) dan Sabah (348),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.









