KUALA LUMPUR: Advancecon Holdings Bhd menerima kontrak bernilai RM41.52 juta daripada JLG Technopark Sdn Bhd untuk kerja-kerja tanah dan infrastruktur utama di Southern Ibrahim Technopolis (IBTEC), Kulai, Johor.
Kontrak terbaharu itu, yang diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB), merupakan kontrak ketiga yang diterima Advancecon daripada JLG Technopark bagi kerja-kerja di IBTEC.
"Kontrak itu melibatkan tempoh pembinaan selama 19 bulan dan dijadualkan siap pada 3 Jun 2028.
"Kontrak terkini itu akan terus mengukuhkan lagi senarai kontrak dalam tangan kumpulan dan memperkukuh kehadirannya di sektor perindustrian Johor yang semakin berkembang," menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.









