KLANG - Tindakan seorang lelaki bermain mercun di tengah persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Kelana di sini, Ahad lalu mengundang padah apabila kini diburu polis.Kejadian kira-kira jam 1 pagi pada 8 November itu turut membahayakan keselamatan orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan mendapati kejadian bermain mercun di tempat awam sehingga membahayakan keselamatan orang ramai itu berlaku kira-kira jam 1 pagi."Polis menerima satu laporan berhubung kejadian berkenaan susulan penularan video insiden tersebut di media sosial."Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan cuai dengan bahan mudah letupan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan aksi seorang lelaki bermain mercun di tengah persimpangan di sini.Jit Huey berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan."Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Lelaki main mercun tengah simpang diburu polis

Key takeaways
Seorang lelaki diburu polis kerana bermain mercun di tengah persimpangan pada 8 November lalu.
- Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di Jalan Tengku Kelana.
- Polis membuka siasatan di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan.
- Orang ramai diminta membantu siasatan dengan menghubungi balai polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Empat lelaki ditahan bakar mercun di tengah jalan
- Utusan Malaysia Empat ditahan bakar mercun tengah jalan, tiga lagi diburu
- Malaysiakini (BM) Polis siasat tindakan berbahaya main mercun di tengah jalan raya di Ipoh
- Sinar Harian Lelaki main mercun tengah simpang diburu polis (this story)









