KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediamannya di Langgak Duta di sini, untuk menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah, berkuat kuasa Selasa.Bekas Perdana Menteri itu tiba sekitar jam 9.27 malam dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dan diiringi beberapa kenderaan daripada Jabatan Penjara serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Ketibaan bekas Presiden UMNO itu 'disambut' laungan 'Bossku' oleh beberapa penyokongnya yang sudah berada di kawasan tersebut sejak petang tadi.Selain pengamal media, kenderaan pasukan PDRM dan Jabatan Penjara turut berada di sekitar kediaman Najib untuk kawalan keselamatan.Sebelum ini Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin mengeluarkan perintah pelepasan baharu yang membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Perintah itu turut membatalkan sepenuhnya perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu dan menggantikannya dengan perintah baharu selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu.Perkembangan itu sekali gus menamatkan ketidaktentuan berhubung pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib yang sebelum ini ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Selain itu kediaman Najib turut diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.Perisytiharan tersebut dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 (Akta 537).Dokumen rasmi itu termaktub dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh hari ini, yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC)
Tahanan di rumah: Laungan 'Bosku' sambut Najib 'pulang'

Key takeaways
Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediamannya di Langgak Duta pada 9.27 malam untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, disambut oleh penyokong dan dikelilingi oleh pasukan PDRM dan Jabatan Penjara.
- Perintah pelepasan baharu membolehkan Najib menjalani hukuman tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
- Ketibaan beliau disambut dengan laungan 'Bossku' oleh penyokong di kawasan tersebut.
- Pasukan PDRM dan Jabatan Penjara mengiringi beliau sepanjang perjalanan ke kediaman.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Najib lunaskan denda RM50 juta untuk tahanan rumah
- Malaysiakini (BM) Peguam Najib tuntut tahanan rumah segera, gesa AGC tarik balik kenyataan
- Malaysiakini (BM) 'Kenapa terima RM50 juta? - anak Najib kecam tangguh tahanan rumah
- Malaysiakini (BM) Mahkamah arah Najib jalani tahanan rumah serta-merta
- Sinar Harian Tahanan di rumah: Laungan 'Bosku' sambut Najib 'pulang' (this story)








