GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhubung laporan daripada isteri seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang mendakwa dicederakan suaminya dalam kejadian penghujung bulan lepas.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim berkata, ketika ini kertas siasatan kes itu masih berada di pejabat DPP untuk penelitian lanjut."Kertas siasatan kes itu masih di (pejabat) DPP dan pihak polis menunggu arahan lanjut berhubung kes tersebut," katanya mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama malam ini bagi mendapatkan perkembangan terkini siasatan kes berkenaan.Lim pada minggu lepas mengesahkan polis menerima laporan daripada isteri ADUN itu yang mendakwa dicederakan suaminya di kediaman mereka di sini, 31 Oktober lepas.Dalam sidang media pada 2 November, Lim berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dengan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Bernama
Polis tunggu arahan lanjut berhubung dakwaan ADUN cederakan isteri

Key takeaways
Polis Pulau Pinang menunggu arahan lanjut daripada DPP mengenai laporan isteri ADUN yang mendakwa dicederakan suaminya pada 31 Oktober. Kertas siasatan masih di pejabat DPP untuk penelitian lanjut.
- Polis menunggu arahan DPP untuk kes isteri ADUN.
- Laporan diterima pada 31 Oktober.
- Kertas siasatan masih di pejabat DPP.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Dakwaan Adun cederakan isteri: Polis tunggu arahan lanjut DPP
- Sinar Harian Polis tunggu arahan lanjut berhubung dakwaan ADUN cederakan isteri (this story)









