BANDAR BAHARU: Hujan lebat berterusan lebih dua jam menyebabkan 18 rumah di dua mukim di daerah ini terjejas banjir.

Ia membabitkan 14 rumah di Mukim Relau dan empat lagi di Mukim Serdang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin, berkata laporan awal setakat 9.10 malam, paras air Sungai Punti di Mukim Serdang pada tahap bahaya, manakala Sungai Semambu di Mukim Relau di paras waspada.

Katanya, kawasan dipantau di Mukim Serdang membabitkan Kampung Sungai Punti dan Kampung Batu 16 Lombong A, manakala di Mukim Relau meliputi Kampung Paya Semambu, Kampung Tengah Relau, Kampung Kilang Batu dan Kampung Padang.