KUALA LUMPUR: Keupayaan pemain muda negara menyerap tekanan dan menguasai saingan berpasukan membuahkan hasil apabila Malaysian Golf Association (MGA) menewaskan Singapore Golf Association (SGA) 14-10 untuk mempertahankan kejuaraan Malaysia vs Singapore Annual Match 2026 di Tanjong Puteri, hari ini.
Lebih membanggakan, majoriti daripada 12 pemain yang menggalas cabaran negara dalam edisi kali ini adalah produk Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP-MGA), sekali gus membuktikan usaha pembangunan bakat muda mampu melahirkan pemain yang berupaya bersaing di peringkat antarabangsa.
Kemenangan itu turut memastikan trofi kejuaraan kekal di tanah air sempena edisi ke-50 persaingan tradisi antara kedua-dua negara yang mula diperkenalkan pada 1976.









