KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Datuk Seri Najib Razak, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, mengesahkan beliau tiada menerima sebarang arahan daripada anak guamnya untuk membayar denda RM50 juta bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Kehadiran Muhammad Farhan di kompleks mahkamah di sini, hari ini, mencetuskan spekulasi bahawa denda itu bakal dibayar.
Peguam itu memaklumkan bahawa beliau berada di situ untuk urusan lain, namun menerima banyak mesej yang meminta penjelasannya berhubung desas-desus pembayaran denda terbabit.
"Saya tiada sebarang arahan dan tidak pasti mengenai status semasa. Saya tiada menerima sebarang arahan berhubung denda itu.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F09%2Ff11e7960629ab97caf894a805e8faba4.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
