TEMERLOH – Seorang pekerja yang sedang menjalankan tugas menyapu sampah kehilangan beg tangan yang diletakkan di atas troli di hadapan Kedai Padang Awam, di sini pada pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi ketika pengadu sedang menjalankan kerja berkenaan."Pengadu mendapati beg tangan yang diletakkan di atas troli telah hilang."Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil beg tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurutnya, beg berkenaan mengandungi wang syiling yang jumlahnya tidak dapat dipastikan tetapi kurang daripada RM15, selain kad insurans dan cermin mata bernilai RM150.Beliau menambah, suspek merupakan seorang lelaki berkepala botak manakala bangsa suspek masih belum dikenal pasti."Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
'Lelaki berkepala botak' larikan beg tangan pekerja sapu sampah

Key takeaways
Seorang pekerja sapu sampah kehilangan beg tangan di Temerloh pada pagi Selasa. Suspek lelaki berkepala botak mengambil beg yang mengandungi wang, kad insurans dan cermin mata.
- Kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi di hadapan Kedai Padang Awam, Temerloh.
- Beg mengandungi wang kurang daripada RM15, kad insurans dan cermin mata bernilai RM150.
- Polis mengesahkan suspek lelaki berkepala botak berdasarkan rakaman CCTV.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian 'Lelaki berkepala botak' larikan beg tangan pekerja sapu sampah (this story)









