JOHOR BAHRU – Tindakan tiga lelaki yang membakar mercun di atas jalan raya berhampiran berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, di sini membawa padah selepas perbuatan itu tular sebelum mereka ditahan polis pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistent Komisioner Azrol Anuar Nor berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan yang ditahan tersebut berusia antara 19 hingga 23 tahun susulan daripada empat lelaki tempatan yang ditahan sebelum ini.
“Ini menjadikan keseluruhan tujuh orang telah ditahan. Semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah, manakala seorang suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.









