JOHOR BAHRU: Tiga lagi lelaki ditahan susulan insiden pembakaran mercun di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Azrol Anuar Nor, berkata tangkapan kira-kira jam 4.30 pagi tadi itu menjadikan tujuh individu ditahan setakat ini, dengan enam daripadanya akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

"Selain tangkapan tiga lelaki berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun itu, kita turut lakukan beberapa rampasan bagi membantu siasatan.

"Dua daripada tiga suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah, namun ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiganya bebas daripada pengaruh dadah," katanya melalui kenyataan.