Kota Bharu: Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor mengesahkan menerima surat penamatan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bagi portfolio Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kandungan surat itu buat masa ini.
"Apa yang boleh saya sahkan ialah saya menerima surat itu hari ini tetapi saya tidak akan mendedahkan butirannya buat masa ini.
"Saya akan bercakap mengenai perkara itu pada sidang media esok," katanya.









