Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata usaha memperkukuh kefahaman Islam menjadi pertimbangan dalam merangka belanjawan negara. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegur sikap pihak yang mudah melabel orang lain sebagai 'munafik' dan mengkafirkan sesama Islam hanya kerana pandangan berbeza.
Anwar berkata sikap itu tidak mencerminkan akhlak serta keperibadian yang dituntut agama, dan masalah ini perlu ditangani menerusi pengukuhan ilmu, kesedaran dan kefahaman Islam secara menyeluruh.
"Belajar agama sedikit, terus menghukum dan menjadi takfiri. Terus memurtadkan orang dan memunafikkan orang," katanya lapor Kosmo, dalam ucapan sempena majlis di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.






