Ab Rauf Yusoh pada majlis makan malam bersama NGO-NGO Masyarakat Cina Negeri Melaka anjuran MCA.MELAKA: Barisan Nasional (BN) menyasarkan merampas sekurang-kurangnya satu kerusi majoriti Cina yang kini dikuasai DAP pada PRN Melaka, dengan harapan MCA mampu memenangi dua atau tiga daripada empat kerusi ditandinginya.
Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh berkata walaupun berharap dapat memenangi kesemua empat kerusi ditandingi MCA, gabungan itu meletakkan sasaran lebih realistik untuk menang dua atau tiga kerusi.
“Saya begitu yakin MCA telah mendapat kepercayaan menaungi masyarakat Cina di Melaka ini,” katanya selepas majlis makan malam bersama NGO-NGO Masyarakat Cina Negeri Melaka anjuran MCA, yang turut dihadiri Presidennya Wee Ka Siong, malam ini.







