KEMPEN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula dan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar mahu mempertahankan kemenangan pada PRN lalu, malah menyasarkan pertambahan kerusi bagi memperkukuh mandat rakyat terhadap gabungan itu.

Bersandarkan rekod pentadbiran, pengalaman dan kekuatan akar umbi, BN dilihat mampu mengulangi pencapaian 2021, tetapi masih perlu bekerja lebih keras berdepan persaingan PH dan kini BERSATU.

Ikuti pandangan dan harapan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Rais Yasin mengenai peluang dan cabaran BN pada PRN Melaka kali ini.

Soalan (S): BN bukan sahaja mahu mempertahankan kemenangan, malah menyasarkan pertambahan kerusi. Sejauh mana keyakinan itu mampu direalisasikan?