Rosmah Mansor melahirkan rasa syukur susulan perintah baharu Mahkamah Tinggi yang membenarkan suaminya Najib Razak menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Rosmah Mansor melahirkan rasa syukur susulan perintah baharu Mahkamah Tinggi yang membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

“Alhamdulillah,” kata isteri Najib itu, menurut Berita Harian.

Akhbar itu melaporkan bahawa Rosmah sedang menunggu kepulangan Najib ke kediaman mereka di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, malam ini.

Wartawan berkumpul di luar kediamannya sejak 3 petang bagi menantikan kepulangannya.