Paris, Perancis: Dua perlumbaan terakhir musim Formula Satu (F1) di Qatar dan Abu Dhabi akan berlangsung mengikut jadual meskipun ketegangan di rantau Asia Barat masih berterusan, kata Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Mohammed Ben Sulayem pada Selasa.
Dua perlumbaan terakhir musim ini dijadualkan berlangsung di Qatar pada 29 November, manakala GP Abu Dhabi pula pada 6 Disember.
GP Arab Saudi yang sepatutnya berlangsung awal tahun ini dibatalkan susulan tercetusnya perang membabitkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran, manakala perlumbaan di Bahrain ditangguhkan sebelum dipindahkan ke Malaysia.
"Kami bersedia untuk Qatar dan Abu Dhabi," kata Ben Sulayem menerusi media sosial.










