Kuala Lumpur: Apabila himpitan kemiskinan keluarga dan rasa terabai sejak kecil bertukar menjadi benci, maka ikatan persaudaraan adik beradik sekalipun mampu bergolak.

Malah, kasih tulus antara kakakdan adik juga menanti padah apabila prasangka dan dendam yang sekian lama bersembunyi mula menyerap masuk sebagai toksik dalam hubungan keluarga.

Kemelut emosi ini bakal disajikan menerusi Tonton Original Movie terbaharu, Racun Segumpal Hati yang akan menemui penonton di platform Tonton pada 11 November ini (esok).

Karya sentuhan pengarah Uchee Fukada terbitan Zeel Production dengan skrip tulisan Marr Mohamad dan Maizura Mohd Ederis ini menampilkan gandingan pelakon hebat antaranya Mira Filzah, Riena Diana, Kamal Adli, Nafiez Zaidi, Fauzi Nawawi, Fiza Halim, Lydiawati, Wan Maimunah dan Amylia Aidura.