Hulu Selangor: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, malam ini tertumpu di Jambatan Pertak dan Empangan Sungai Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran, berkata kedua-dua lokasi itu menjadi tumpuan pasukan SAR bagi mengesan tiga lagi mangsa yang masih hilang selepas lima daripada lapan individu yang dihanyutkan arus ditemukan.

"Buat masa ini, kita memberi tumpuan kepada kawasan empangan (Empangan Sungai Selangor) dan bawah jambatan (Jambatan Pertak).

"Dua kawasan itu menjadi tumpuan pencarian bagi mengesan tiga lagi mangsa yang masih belum ditemukan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, sebentar tadi.