Kuala Lumpur: Masalah sistem brek dipercayai menjadi punca kepulan asap keluar dari sebuah tren di Stesen KL Sentral, kira-kira jam 5.15 petang tadi.
Rapid KL dalam kenyataan hari ini mengesahkan tren terbabit dikeluarkan daripada perkhidmatan sebagai langkah keselamatan bagi membolehkan pemeriksaan terperinci dijalankan di depoh.
Menurut kenyataan itu, semua penumpang diturunkan dengan selamat di Stesen Bangsar sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren berikutnya.
"Kesemua penumpang diturunkan dengan selamat di stesen Bangsar sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren berikutnya.








