Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM26,000 daripada pemilik syarikat 'runner'.

Ia sebagai balasan membantu dan mempercepatkan urusan pengeluaran lesen perniagaan serta tidak mengambil apa-apa tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat tersebut.

SPRM berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara tahun 2019 hingga 2023.