BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menyita hampir 25 tan ayam sejuk beku bernilai RM562,290 selepas mendapati permit import dikemukakan pengimport tamat tempoh.
Dagangan disita selepas pemeriksaan dilakukan terhadap produk ayam sejuk beku kategori 'Chicken Thigh & Leg Boneless Frozen' itu yang diimport dari Thailand.
Berdasarkan pemeriksaan, pihak pengimport mengemukakan dokumen Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang sudah tamat tempoh sah.
Susulan itu, dagangan terbabit disita mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.








