Istanbul: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Ahad berkata, cadangan Tehran untuk menamatkan perang dalam tempoh dua hari masih terbuka sambil menggesa Rumah Putih memenuhi syarat yang ditetapkan Iran dan memberi amaran berkenaan tindak balas ketenteraan sekiranya Washington menyambung semula serangan, lapor Anadolu Ajansi.

"Pengundi Amerika telah membuat pilihan mereka. Kini tiba masanya untuk Rumah Putih membuat pilihannya sendiri," tulis Araghchi menerusi platform media sosial X, merujuk kepada pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

"Cadangan dua hari kami masih kekal: penuhi syarat yang ditetapkan, termasuk menamatkan perang di semua medan dan anda akan melihat hasilnya," katanya.