Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa D Elizebeth gagal membuktikan vDart Malaysia Sdn Bhd telah memecatnya tanpa sebab atau alasan yang adil. (Gambar Facebook)PPETALING JAYA: Mahkamah Perusahaan menolak tuntutan seorang bekas pengurus sumber manusia terhadap firma perunding teknologi VDart Malaysia Sdn Bhd atas dakwaan pemecatan tidak adil, dengan memutuskan bahawa perkhidmatannya tamat apabila tempoh tetap kontraknya berakhir.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan Augustine Anthony berkata D Elizebeth gagal membuktikan bahawa syarikat itu berjanji untuk menjadikannya pekerja tetap atau beliau dipecat tanpa sebab atau alasan yang adil.

Elizebeth menyertai VDart pada September 2023 sebagai pengurus sumber manusia dan pentadbiran dengan kontrak selama setahun, menerima gaji RM7,300 sebulan. Gajinya dinaikkan kepada RM7,500 selepas pengesahan jawatan.