Adun Duyong Noor Helmy Abdul Halem bersama Vong Fook Hoi atau lebih dikenali Uncle Wong yang diketahui penduduk setempat rapat dengan ahli politik Umno itu menerusi video di media sosial Helmy.MELAKA: Vong Fook Hoi tidak menaruh sepenuh kepercayaan terhadap ahli politik Barisan Nasional (BN) ketika pertama kali meminta bantuan daripada Noor Helmy Abdul Halem pada 2020.
Walaupun tanpa dijangka BN kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan Melaka, kebanyakan orang termasuk Vong masih tidak berpuas hati dengan gabungan itu.
Permintaan ringkas untuk mendapatkan bantuan kebajikan berkembang menjadi persahabatan dan kini sebahagian daripada aktiviti awam Helmy serta video di media sosialnya.
Helmy yang ketika itu ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berkata, Vong berusia 82 tahun ketika tampil meminta bantuannya, selepas gagal dalam permohonan bantuan warga emas sejak berusia 60 tahun.






