El Arish, Mesir: Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton tiba di El Arish, Mesir pada Selasa bagi melihat sendiri usaha menerima bantuan kemanusiaan dan bekalan bantuan yang akan disalurkan ke Semenanjung Gaza.

Pentadbiran Wilayah Sinai Utara menerusi laman Facebook memaklumkan, lawatan itu turut merangkumi tinjauan ke pintu sempadan Rafah serta gudang penyimpanan bantuan milik Bulan Sabit Merah Mesir di El Arish.

Hamilton turut diberikan taklimat mengenai proses penyediaan dan penyelarasan bantuan kemanusiaan sebelum dihantar ke Semenanjung Gaza.

Pemandu Britain berusia 41 tahun itu sememangnya dikenali sebagai individu yang aktif menyokong pelbagai usaha kemanusiaan dan kebajikan.