Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menghadiri Majlis Makan Malam sempena Persidangan dan Pameran Haji Kali Ke-6 di Arab Saudi yang menghimpunkan menteri agama, menteri haji serta wakil dari seluruh dunia, semalam.
Kehadiran Zulkifli pada majlis berkenaan turut membuka ruang untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan serta inisiatif berkaitan pengurusan haji dan umrah.
Menurut Zulkifli, Dr Tawfiq yang mempunyai latar belakang dalam bidang teknologi maklumat (IT) antara tokoh penting yang memperkenalkan pelbagai inisiatif dan pembaharuan dalam memperkasa pengurusan haji dan umrah.










