TAWAU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemui maut di tebing sungai berhampiran Taman Green, Jalan Sin Onn di sini, kira-kira dua jam selepas dilaporkan hilang oleh bapanya, hari ini.

Mangsa dilaporkan hilang kira-kira jam 12 tengah hari sebelum penduduk kampung yang melakukan usaha pencarian awal, menjumpainya di tebing sungai itu sekitar jam 2 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata setiba di lokasi pada jam 2.03 petang, pihaknya mendapati jasad mangsa tersangkut di tepi sungai.

"Pasukan kemudian membawa mangsa naik ke darat sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi," katanya dalam kenyataan.