Kuala Langat: Taman tema air SplashMania di Gamuda Cove bakal menawarkan pengalaman hiburan malam berbeza menerusi penganjuran Night Splash! Galaxy Playground yang menggabungkan aktiviti permainan air, muzik elektronik dan persembahan cahaya di bawah sinaran bintang.

Dianjurkan oleh GL Play, cabang rekreasi dan hospitaliti Gamuda Land, festival berkenaan berlangsung setiap Jumaat dan Sabtu dari 30 Oktober hingga 28 November 2026, bermula jam 7 malam hingga 11 malam.

Beroperasi di kawasan seluas 7.28 hektar, acara itu menampilkan gabungan 39 gelongsor dan tarikan air SplashMania bersama suasana festival muzik elektronik, persembahan tarian bercahaya LED, permainan bersaiz gergasi serta pertunjukan api.