Masjid Tanah: Kuala Linggi memerlukan pemimpin berpengalaman dan matang bagi memahami serta mengurus keperluan penduduk daripada pelbagai peringkat usia, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, pengalaman dan kematangan menjadi antara kriteria penting yang perlu dinilai pengundi ketika memilih wakil rakyat bagi kawasan berkenaan.

Katanya, penyertaan golongan muda dalam pilihan raya adalah perkembangan positif kerana memberikan peluang kepada mereka menimba pengalaman dalam politik dan khidmat masyarakat.

"Saya tidak melihat orang muda sebagai pesaing kerana bagus menawarkan diri supaya dia dapat menimba pengalaman.