KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berasa lega kerana dapat menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd di kediamannya di Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu dibawa keluar dari Penjara Kajang secara serta-merta.

Katanya, perintah tersebut merupakan satu keputusan yang dinantikan walaupun masih berstatus pemenjaraan di bawah undang-undang.

“Ia satu kelegaan muktamad yang besar bagi beliau. Saya fikir beliau layak mendapat perintah ini kerana telah melepasi lebih 50 peratus tempoh pemenjaraan.