KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini secara serta-merta.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin hari ini mengeluarkan perintah pelepasan baharu sekaligus membatalkan perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan tersebut.

“​Yang pertama sekali, perintah pelepasan atas pembayaran denda, ‘which is an order of discharge on payment of fine’ bertarikh 6 November 2026, dengan ini dibatalkan dan digantikan sepenuhnya dengan perintah ini.

“​Yang kedua, selaras dengan perintah pengampunan bersyarat, tertuduh hendaklah menjalani baki hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan itu secara tahanan di rumah di Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028,” kata Hakim Aslam.