KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengesahkan peletakan jawatan beliau selaku Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan beliau melalui kenyataan media susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan rumah.

"Selaras dengan pendirian yang telah saya umumkan pada Jumaat lalu, peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

"Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini," katanya.