PETALING JAYA: Keluarga Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa syukur apabila bekas Perdana Menteri itu akhirnya dibenarkan pulang ke kediamannya di Langgak Duta bagi menjalani tahanan rumah selepas melalui pelbagai dugaan.

Anak Najib, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata, dia sekeluarga gembira apabila keputusan hari ini memihak pada bapanya yang membolehkan Najib menjalani tahanan rumah serta-merta.

“Alhamdulillah, bersyukur akhirnya daddy ( Najib) dapat pulang ke Langgak Duta untuk menjalani tahanan rumah.

“Walaupun banyak dugaan, akhirnya daddy dapat menjalani tahanan rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.