PETALING JAYA: Pelakon, Syatilla Melvin menyeru individu yang menjadi mangsa lelaki bersifat narsisistik supaya berani bangkit dan tidak terus membiarkan diri hidup dalam ketakutan.

Menurut Syatilla, masyarakat khususnya ahli keluarga perlu lebih peka terhadap keadaan individu terdekat yang mungkin sedang berdepan tekanan emosi atau penderaan dalam hubungan.

“Mangsa lelaki narsisistik, tolong bangkit dan jangan takut! Orang sekeliling, tolong ambil tahu dan buka mata tentang isu individu yang mempunyai masalah seperti ini. Adik-beradik dan ahli keluarga, jangan sesekali ambil mudah perkara ini,” tulisnya.

Syatillah berkata demikian menerusi hantaran di Threads susulan pertelingkahan yang melibatkan adiknya, Syida Melvin dan bekas suami, Syafiq Azim yang tular di media sosial, hari ini.