KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet, berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Loke dalam satu kenyataan berkata, ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi di sini membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah, bermula hari ini.

“Ini selaras dengan pendirian diumumkan pada Jumaat lalu, iaitu peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan.

“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang saya jelaskan sebelum ini,” katanya.