Loke Siew Fook berkata, beliau difahamkan Najib Razak belum lagi dibenarkan pulang ke rumah.PETALING JAYA: Loke Siew Fook mengesahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri pengangkutan akan berkuat kuasa sebaik sahaja bekas perdana menteri Najib Razak sampai di kediamannya bagi menjalani tahanan di rumah.

Setiausaha agung DAP itu yang dilantik sebagai menteri pengangkutan pada 2022 meletak jawatan pada September, selepas Najib dikurniakan pengampunan bersyarat.

"Saya difahamkan pembayaran RM50 juta itu telah pun diselesaikan di Mahkamah Tinggi pagi tadi," kata Loke pada sidang media.

"Walaupun terdapat laporan media mendakwa Najib telah meninggalkan Penjara Kajang, Menteri Dalam Negeri (Saifuddin Nasution Ismail) mengesahkan dia dihantar ke klinik pergigian dahulu untuk pemeriksaan yang dijadualkan (dan belum dihantar pulang ke rumah)."