Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut bincang kekalahan Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal AS. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti kesan jangka pendek dan sederhana daripada pelbagai aspek susulan perkembangan politik di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan kekalahan Parti Republikan pada pilihan raya pertengahan penggal, Selasa lepas.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan secara teliti dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, dan Malaysia akan terus memantau perkembangan tersebut termasuk kemungkinan implikasinya terhadap pelaksanaan tarif timbal balik.
“ … tetapi hubungan kita dengan pentadbiran sekarang ini, kerajaan yang ada dan juga anggota Parlimen yang lama dan baharu serta anggota Dewan Perwakilan akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Kosas hari ini.








