Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman kes SRC International secara tahanan rumah.

KUALA LUMPUR: Anthony Loke hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini, yang berkuat kuasa serta-merta.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata peletakan jawatan itu selaras dengan pendirian yang telah diumumkannya pada Jumaat lepas.