Loke Siew Fook merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas kepercayaan untuk menganggotai Jemaah Menteri. PETALING JAYA: Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pengangkutan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah.
Setiausaha agung DAP itu berkata keputusan berkenaan selaras dengan pendirian yang diumumkannya Jumaat lalu.
“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.
Loke turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan mandat diberikan kepadanya untuk menganggotai Jemaah Menteri sejak Disember 2022.








