PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.Dalam kenyataan lima perenggan, Anthony berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian yang telah diumumkannya pada Jumaat lalu."Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini," katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepadanya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri sejak Disember 2022.ARTIKEL BERKAITAN: Najib jalani penjara di rumah serta-merta hari ini - Hakim Mahkamah TinggiPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang – Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraAnthony juga mengucapkan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pengangkutan (MOT) atas komitmen dan kerjasama sepanjang tempoh beliau menerajui kementerian berkenaan.Pada masa sama, beliau memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan urusan peralihan tugas berjalan lancar."Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan urusan peralihan tugas berjalan lancar dan segala tanggungjawab dan inisiatif kementerian terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat," jelasnya. Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO berusia 73 tahun itu.Anthony sebelum ini menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta Najib itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.
Anthony Loke lepas jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta

Key takeaways
Anthony Loke meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan secara serta-merta selepas keputusan mahkamah berkaitan tahanan rumah Najib.
- Anthony Loke meletakkan jawatan Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.
- Keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian yang diumumkannya sebelum ini.
- Beliau merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Anthony Loke lepas jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta (this story)
- Free Malaysia Today Loke letak jawatan menteri pengangkutan susulan keputusan tahanan rumah Najib
- Malaysiakini (BM) Loke letak jawatan menteri berkuat kuasa serta merta









