KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang ingin melawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Langgak Duta, di sini, perlu memenuhi prosedur lawatan yang ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, individu yang ingin bertemu dengan bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum mengetahui secara terperinci mekanisme lawatan yang akan dilaksanakan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu."Kami menjangkakan pelawat perlu membuat permohonan terlebih dahulu."Pelawat tetap perlu mendapatkan kebenaran (Jabatan Penjara Malaysia) untuk menemuinya," katanya pada sidang media selepas prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.AKAN MENYUSUL