ALOR GAJAH - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan sebagai tindakan seorang pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip.Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau menghormati pendirian Setiausaha Agung DAP berkenaan dan mengucapkan terima kasih atas khidmat serta sumbangannya sepanjang menganggotai Jemaah Menteri.Menurutnya, beliau juga akan merindui kehadiran Anthony dalam mesyuarat Kabinet memandangkan mereka sering duduk bersebelahan."Saya telah membaca kenyataan daripada beliau dan beliau juga telah meletakkan jawatan."Beliau seorang yang berprinsip dan memegang prinsip itu. Saya mengucapkan terima kasih sepanjang beliau berada sebagai anggota Jemaah Menteri."Kebetulan beliau duduk di sebelah kanan saya dalam mesyuarat Kabinet dan kami akan kehilangan beliau dalam Kabinet. Saya mengucapkan selamat maju jaya berada di luar Kabinet," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sini pada Selasa.Terdahulu, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.Peletakan jawatan itu selaras dengan pendirian beliau sebelum ini yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid berkata, beliau berharap momentum positif pengundian awal PRN Melaka yang mencatatkan lebih 95 peratus keluar mengundi dapat diteruskan pada hari pengundian 14 November ini.Katanya, pencapaian itu menghampiri sasaran yang diharapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beliau berharap lebih ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing."Jika trend ini berlaku dengan baik, kita harap pada 14 November nanti peratusan pengundi yang keluar mengundi lebih tinggi."Kita harap ini akan memberikan sokongan kepada usaha untuk membirukan seluruh negeri Melaka," katanya.
Anthony Loke seorang yang berprinsip, saya ucap selamat maju jaya - Zahid

Key takeaways
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan sebagai tindakan pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip. Zahid turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan Anthony dalam Jemaah Menteri dan mendoakan kejayaannya di luar Kabinet.
- Zahid Hamidi menghormati pendirian Anthony Loke dan mengucapkan selamat maju jaya.
- Anthony Loke meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi.
- Kenyataan ini dibuat selepas program berkaitan PRN Melaka di Alor Gajah pada Selasa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Anthony Loke seorang yang berprinsip, saya ucap selamat maju jaya - Zahid (this story)
- Malaysiakini (BM) Sepatutnya saya yang berundur hari ini, kata Hannah Yeoh









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F02%2F5d196c8258300e164713a79f9623094e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)