KUALA LUMPUR - Neurons Asia Sdn Bhd memeterai kerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi menjalankan penyelidikan mengenai kepelbagaian neuro dalam kalangan pelajar universiti dan golongan dewasa bekerja di Malaysia.Kerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) itu menyediakan rangka kerja penyelidikan selama tiga tahun bagi mendalami perbezaan kognitif dan pengalaman individu neurodivergen dalam sektor pendidikan serta pekerjaan.Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Neurons Asia, Shahirah Abdol Raman berkata, pihaknya menganggarkan satu daripada lima individu adalah neurodivergen, namun perbezaan cara berfikir dan bekerja masih kurang diiktiraf di kebanyakan tempat kerja.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan keperluan dan potensi individu neurodivergen sukar difahami, sekali gus menyukarkan usaha menyediakan sokongan bersesuaian."Kebanyakan perbincangan dan penyelidikan sedia ada mengenai kepelbagaian neuro sebelum ini dibangunkan di luar negara."Jika kita mahu membina pendekatan yang berkesan di sini, kita juga perlu memahami pengalaman golongan yang berada dalam institusi pendidikan, tempat kerja dan konteks budaya kita sendiri."Bekerjasama dengan UTAR memberi kita peluang untuk merapatkan jurang antara penyelidikan akademik dan pengalaman sebenar di tempat kerja," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menerusi kerjasama itu, Shahirah memaklumkan, UTAR akan menerajui aktiviti penyelidikan akademik termasuk reka bentuk kajian, tadbir urus penyelidikan, analisis, tafsiran dan penghasilan ilmiah.Tambahnya lagi, Neurons Asia pula akan menyumbang kepakaran dalam bidang kepelbagaian neuro, fungsi eksekutif, perspektif industri dan penglibatan pihak berkepentingan bagi menyokong pelaksanaan penyelidikan berkenaan.Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UTAR, Profesor Datuk Dr Ewe Hong Tat berkata, kerjasama tersebut akan membantu memperdalam kefahaman tentang kepelbagaian neuro dalam konteks Malaysia."Pemahaman terhadap kepelbagaian neuro adalah asas penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat kerja yang lebih inklusif, di mana individu yang mempunyai kekuatan serta keperluan kognitif berbeza disokong sepenuhnya untuk mencapai potensi maksimum mereka."Menerusi kolaborasi bersama Neurons Asia ini, UTAR berhasrat mengukuhkan pangkalan bukti tempatan mengenai kepelbagaian neuro dengan menggabungkan penyelidikan akademik dan pengalaman industri bagi meraih pandangan yang lebih mendalam tentang keperluan serta pengalaman individu neurodivergen."Kami berharap kerjasama ini menyumbang kepada pembangunan kaedah praktikal berasaskan bukti yang relevan dan responsif terhadap landskap negara," katanya.
Neurons Asia, UTAR jalin kerjasama kaji kepelbagaian neuro

Key takeaways
Neurons Asia bekerjasama dengan UTAR untuk mengkaji kepelbagaian neuro di kalangan pelajar dan pekerja di Malaysia.
- Kerjasama ini melalui MoU selama tiga tahun untuk menyelidiki perbezaan kognitif individu neurodivergen.
- Neurons Asia menganggarkan satu daripada lima individu adalah neurodivergen, tetapi pengalaman mereka kurang diiktiraf.
- UTAR akan memimpin aktiviti penyelidikan akademik seperti reka bentuk kajian dan analisis data.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ZULHAIZI ROSDI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Ahli Bersama akan sembelih saya kalau jalin kerjasama – Rafizi
- Free Malaysia Today IWK, MPM jalin kerjasama perkasa keterangkuman bagi golongan OKU
- Utusan Malaysia IPTS, NGO jalin Kerjasama perluas akses TVET
- Harian Metro Star City, UUM jalin kerjasama strategik
- Sinar Harian Neurons Asia, UTAR jalin kerjasama kaji kepelbagaian neuro (this story)








